PATRICE Evra kini sah menyertai West Ham United selepas meninggalkan Marseille. - AFP

Evra meninggalkan Marseille pada November lalu selepas kontraknya ditamatkan selepas menyepak penyokong kelab tersebut dan kini dia akan menyarung jersi No.27 bersama West Ham United.

Pemain berusia 36 tahun itu digantung daripada menyertai semua pertandingan UEFA sepanjang musim namun hanya diberi kelonggaran untuk bermain dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

“Saya sangat gembira dapat bersama Hammer dan kembali menyertai Liga Perdana Inggeris.

“Ini sesuatu yang amat membuatkan saya teruja dalam masa sama berterima kasih kepada West Ham kerana memberikan peluang kepada saya,” kata Evra. - AGENSI