Bekas bintang pertahanan Manchester United dan kap­ten Perancis itu juga didenda 10,000 euro (RM48,900) selepas UEFA mendapati kesalahan yang dilakukan amat serius serta memalukan.

Itu bermakna pemain berusia 36 tahun tersebut hanya boleh meneruskan kariernya pada 30 Jun 2018, dan buat masa ini dia tidak bernaung di bawah mana-mana kelab selepas disingkirkan oleh Marseille.

Presiden Marseille, Jacques-Henri Eyraud berkata, keputusan itu amat sukar untuk diambil, namun terpaksa dilakukan kerana sangat memalukan.

“Kelab terpaksa mengambil tindakan ke atas Evra atas kelakuannya dan dia juga kini tiada kena mengena dengan Marseille.

“Kepada penyokong Marseille semua, kami mohon maaf atas apa yang berlaku,” kata Henri Eyraud.

Insiden itu berlaku pada 3 November lalu sebelum sepak mula Liga Europa antara Marseille dan kelab Portugal, Victoria SC. – AGENSI