Filipina kini yang mendapat sentuhan pengendali berusia 70 tahun itu percaya mereka mampu merealisasikan impian mereka untuk ke pentas final selepas tiga kali perjalanan mereka terhenti di separuh akhir bermula 201-2014.

Edisi kali ini juga menyaksikan juara lima kali yang juga juara bertahan, Thailand terpaksa beraksi dengan beberapa muka baharu selepas pemain bintang mereka tidak dapat beraksi kerana tidak mendapat pelepasan daripada pihak kelab memandangkan Piala AFF adalah kejohanan yang tiada dalam kalendar rasmi FIFA.

Keputusan itu menyaksikan beberapa pemain utama mereka yang beraksi di Jepun termasuk Teerasil Dangda, Chanathip Songkrasin dan kapten Theerathon Bunmathan tidak mendapat kebenaran kelab untuk beraksi manakala penjaga gawang yang berkhidmat bersama kelab Belgium, Kawin Thamsatchanan juga tidak mendapat pelepasan.

Eriksson yang pernah membawa England ke aksi suku akhir Piala Dunia pada 2002 dan 2006 berhasrat untuk memperbaiki persembahan The Azkals selepas pasukan itu berjaya ke separuh akhir sebanyak tiga kali sejak 2010-2014.

“Keseluruhan pasukan merasakan tekanan dan mereka cuba untuk beraksi lebih baik dalam edisi kali ini. Ini membawa maksud mereka perlu ke aksi final,” kata Eriksson.-AFP