Pemain tengah Spurs itu mempunyai baki kontrak setahun dan kelabnya bersedia untuk menjual pemain berusia 27 tahun itu daripada kehilangannya tanpa sebarang keuntungan.

Selain Juventus, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid turut berminat untuk mendapatkan Eriksen.

Difahamkan Juventus sudah mengadakan perbincangan dengan wakil pemain tersebut dan bersedia membuat tawaran pada musim panas ini.

Bagaimanapun, dipercayai Eriksen berminat untuk melanjutkan kontraknya bersama Spurs malah kelab yang berpangkalan di London itu turut berharap dapat menyimpan pemain tersebut.

Eriksen sudah meledak tujuh gol selain mencipta 12 gerakan gol sepanjang 38 penampilannya dalam semua kejohanan pada musim ini di bawah kendalian Mauricio Pochettino. - AGENSI