Acara [email protected] ini adalah acara kali keempat seum­pamanya dianjur oleh akhbar ini sejak 2017 dengan format unik iaitu ‘tonton percuma sambil berpeluang memenangi cabutan bertuah’.

Pengerusi jawatankuasa penganjuran, Johardy Ibrahim berkata, acara ini terbuka kepada penyokong Manchester United dan Liverpool yang akan disajikan dengan tayangan pada paparan LED gergasi untuk merasai suasana siaran langsung bagaikan di Old Trafford!

“Berdasarkan sambutan terhadap tiga penganjuran sebelum ini, kami menjangkakan kira-kira 1,000 orang akan hadir pada perlawanan ini.

“Perlawanan ini menjadi lebih menarik kerana prestasi Manchester United sekarang ini tengah memuncak-muncak, yang meyakinkan para penyokongnya dapat mengatasi Liverpool yang seperti kehila­ngan enjin kebelakangan ini,’’ katanya di sini hari ini.

Johardy yang juga Pengarang Berita Kanan berkata, satu pautan khas akan disediakan bagi peminat menjawab lima soalan mudah dan yang tepat akan mendapat set pas masuk percuma (serta layak untuk satu cabutan bertuah).

Hadiah-hadiah menarik disediakan oleh barisan syarikat yang telah sekian lama menjadi rakan mesra kepada Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia ujar beliau, akan membuat pengumuman seterusnya mengenai [email protected] di dalam laman Facebook Utusan Online pada 14 Februari ini.