Ketua Kemampanan dan Hal Ehwal Korporat Standard Chartered, Mastura Adnan berkata, pihaknya sentiasa mencari kaedah terbaik untuk mendekatkan bank itu sebagai penaja global LFC dengan penyokong tempatan.

Manurutnya, acara menonton siaran langsung perlawanan pertama musim baharu 2018/19 antara Liverpool menentang West Ham di Dewan Kumpulan Utusan di sini semalam, mencapai matlamat seperti yang ditetapkan pihaknya.

“Malah, kolaborasi dengan kelab penyokong rasmi, All Reds Malaysia (ARM) dalam acara [email protected] juga memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, selain menjalin kerjasama serupa dengan satu lagi kelab rasmi, KL Kopites dari semasa ke semasa.

“Ini adalah satu daripada program unik Standard Chartered Bank sebagai penaja global kelab terkemuka ini di Malaysia demi mendekati penyokong tempatan di mana kami beroperasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Standard Chartered Bank Malaysia Bhd., Abrar A. Anwar; Presiden ARM, Muzili Aznor Musa; Pengarah Eksekutif, Ketua Perbankan Runcit, Produk Runcit dan Segmen Standard Chartered, Kanishk Upadhyay; Ketua Pegawai Operasi, Standard Chartered Saadiq Malaysia, Mohd Suhaimi Abdul Hamid; Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd., Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Mastura berkata, jalinan kerjasama ARM itu turut menyaksikan aktiviti mendaftar keahlian kelab dari kalangan warga Standard Chartered Bank yang bermula 19 Ogos lalu sehingga 15 Ogos ini.

Acara [email protected] yang merupakan kali ketiga dianjurkan, memiliki tarikan unik iaitu cabutan bertuah tiga helai jersi Liverpool musim 2018-19 dan barangan cenderamata LFC.

Kira-kira 300 penyokong ­Liverpool hadir dalam acara yang diadakan di Dewan Utusan, Ibu pejabat Kumpulan Utusan semalam, yang berakhir dengan kemenangan 4-0 Reds.