1) Van Dijk pasti dikecam penyokong Southampton

Selamat kembali ke St Mary Virgil Van Dijk... tetapi sudah pasti dengan kecaman daripada para penyokong Southampton apabila pertahanan tengah itu kembali menjejakkan kaki ke padang di St Mary esok. Sambutan yang bakal diterima sudah tentu tegang, sesuatu yang perlu dihadapi oleh pemain Belanda itu ketika dia sedang menyesuaikan dengan kehidupan sebagai pemain Liverpool. Van Dijk yakin dia boleh tangani tekanan ini termasuk statusnya kini sebagai pemain pertahanan paling mahal di dunia.

2.Gunners tidak sabar menunggu pertembungan Utara London

Apa perasaan awal Arsene Wenger menjelang pertembungan Utara London antara Arsenal dan Tottenham Hotspur malam ini? Tempat keempat sudah tentu sasaran yang mahu dicapai. Dengan keadaan Chelsea sekarang menjadikan Arsenal dan Spurs kini merupakan antara pasukan yang bakal bersaing, dengan Wenger meningkatkan keupayaan di berisan serangan dengan kemasukan Pierre-Emerick Aubameyang. Walaupun Wenger kelihatan mengabaikan usaha untuk memantapkan barisan pertahanan dan tengah tetapi tidak ada tanda-tanda kelemahan ketika mereka membenamkan Everton minggu lalu. Pada November lalu Arsenal menewaskan Spurs 2-0 di Emirate. Ketika itu Spurs kelihatan tidak mempamerkan aksi sebenar mereka, kerana tiga hari selepas itu mereka cemerlang menewaskan Borussia Dortmund. Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino ini ada satu lagi tugas berat menanti pada hari Selasa iaitu menentang Juventus dalam saingan Liga Juara Eropah. Makanya, terpulang pada Arsenal bagaimana mahu menentukan tahap kesiapsigaan yang bakal menguji keupayaan mereka hari ini.

3) Tekanan pada Pardew dan Conte

Tumpuan sebelum sepak mula sudah tentu pada Chelsea, khusus kepada Antonio Conte, tetapi tumpuan juga turut diberikan kepada individu di pihak lawan. Kedudukan Alan Pardew sebagai pengurus juga sama terancam seperti Conte. Ini ekoran prestasi West Bromwich Albion yang lebih teruk berbanding sebelum ini. Walaupun baru dua bulan, Pardew kelihatan gagal memberikan sumbangan. West Brom hanya menang satu perlawanan liga ketika di bawah kendaliannya. Dengan kekalahan 3-2 kepada Southampton minggu lalu menjadikan mereka kini berakar di tangga paling bawah. Dengan Chelsea juga yang dalam keadaan tidak tentu arah, ini merupakan peluang untuk Pardew dan West Brom mengubah nasib mereka.

4) Laporte berhadapan cabaran Vardy

Ketika ini dua tahun lalu, Leicester mencatatkan kemenangan yang meletakkan mereka sebagai pencabar utama untuk menjuarai takhta liga iaitu hasil kemenangan 3-1 di Etihad. Riyad Mahrez bertindak cemerlang pada hari itu, dia juga membantu Leicester menewaskan City 4-2 di Stadium King Power musim lalu, iaitu antara pengalaman yang paling memalukan untuk Pep Guardiola di England. Tetapi berita baik untuk City dan Guardiola, Mahrez tidak akan beraksi hujung minggu ini. Tetapi Leicester sudah tentu ada motivasi untuk mendatangkan masalah kepada City. Walaupun tanpa Mahrez, mereka memiliki kuasa serangan balas yang berbahaya, tentu menarik untuk melihat bagai pemain baharu mereka Aymeric Laporte berhadapan dengan Jamie Vardy. Tidak mustahil Manchester City akan keciciran mata untuk dua perlawanan berturut-turut musim ini.

5) Perlawanan penentuan untuk Huddersfield?

Huddersfield sememang bakal tersingkir dari EPL. Mereka gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan lalu, sebaliknya kalah lima kali. Kini hanya tinggal 12 perlawanan berbaki untuk menyelamatkan mereka daripada tersingkir termasuk beberapa pasukan lain yang terperuk di zon terbawah.

Tetapi untuk Huddersfield kedudukan mereka lebih sukar. Tiga daripada empat perlawanan terakhir mereka ialah menentang Manchester United, Spurs dan Chelsea. Hujung minggu ini mereka akan melayan kehadiran Bournemouth, pasukan yang meningkat naik yang belum tewas dalam tujuh perlawanan dan mencatatkan emmpat kemenangan daripada lima yang terakhir termasuk ke atas Arsenal dan Chelsea.

6) Pogba kembali

Banyak yang diperkatakan tenang `persengketaan' antara Rafael Benítez dan José Mourinho sebelum mereka kembali meneruskan persengketaan itu kali pertama dalam tempoh sedekad pada November lalu dalam perlawanan yang menyaksikan Manchester United kembali dari belakang selepas agak kucar-kacir pada 30 minit pertama. Tentu semua masih ingat bagaimana Newcastle memnsia-sia kelebihan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama. Ramai tentu masih ingat bagaimana Paul Pogba menjadi pemain yang menonjol untuk United pada perlawanan itu selepas dua bulan berehat akibat kecederaan. Dia sekali lagi berehat pada perlawanan minggu lalu ketika menentang Huddersfield, hukuman akibat persembahan buruk ketika menentang Spurs. Pogba dijangka akan menebus kekecewaan itu pada perlawanan di St James’s Park.

7) Adakah kebangkitan Carvalhal akan berterusan?

Bila kebangkitan pengurus baharu akan berakhir? Itu persoalan yang jarang ditanya tetapi nampak relevan berdasarkan prestasi Swansea sekarang. Kedudukan pasukan itu dalam zon penyingkiran telah diangkat dengan kehadiran Carlos Carvalhal menggantikan Paul Clement sebagai pengurus. Mereka menang lima daripada 10 perlawanan. Swansea sedang bangkit tetapi kini mereka berhadapan dengan pencabar yang liat. Burnley mencatatkan keputusan seri dengan Manchester City minggu lalu dan sudah tentu meletakkan situasi mencabar untuk Swansea di Stadium Liberty Stadium – ini akan menjadi ujian buat karektor Swansea termasuk bakat yang penunjuka sejuah mana mereka benar-benar bangkit.

8) Evra kembali ke EPL bersama West Ham

Patrice Evra menggambarkan dirinya sebagai bersyukur selepas melengkapkan perpindahan ke West Ham. Sentimen yang diluahkan pemain ini memang cukup difahami kerana dia tidak ada kerja apabila Marseille menamatkan kontraknya pada November lalu. Sebaliknya, West Ham juga mungkin perlu bersyukur kerana pemain pertahanan kiri itu memilih untuk menyertai mereka yang diharapkan dapat membantu krisis di benteng pertahanan. Sudah tentu Evra tidak dapat mengatasi perkara itu secara sendirian, tetapi kehadirannya mampu memberikan suntikan tenaga baharu. Tentunya ia merupakan idea yang baik untuk David Moyes menurunkan pemain berusia 36 tahun ini ketika berhadapan dengan Watford.

9) Kembalinya gandingan Sigurdsson dan Rooney?

Everton kena belasah oleh Arsenal minggu lalu, dan Sam Allardyce dikatakan tidak menyalahkan sesiapa, sebaliknya diri sendiri. Perubahan yang dilakukan pada barisan pemain dikatakan puncanya. Wayne Rooney dan Gylfi Sigurdsson yang direhatkan ketika menentang Arsenal menjadi tanda tanya. Sedangkan ketika kedua-dua pemain ini beraksi Everton mencatatkan keputusan memberangsangkan berbanding jika mereka tidak beraksi. Hanya jurulatih yang bongkak dan bodoh sahaja akan meminggirkan kedua-dua pemain ini ketika berhadapan dengan perlawanan-perlawanan besar.

10) Stoke dan Brighton dengan masalah sendiri

Paul Lambert telah berkerja keras sejak mengambil alih tugas daripada Mark Hughes, mengerahkan pemain menjalani latihan enam kali seminggu, termasuk pada hari selepas perlawanan untuk sesi pemulihan (untuk mereka yang beraksi), peningkatan kecergasan (untuk yang tidak beraksi) dan lain-lain lagi. Lambert bagaimanapun nampak terkejut apabila pasukannya tewas kepada Bournemouth minggu lalu. Brighton pula kekal di atas zon penyingkiran sejak Ogos walaupun dikatakan penyokong mereka kurang gembira dengan pendekatan berhati-hati yang menyaksikan mereka hanya seri dengan Southampton selepas mereka mendahului.