Enrique akan menggantikan Julen Lopetegui, yang dipecat menjelang Piala Dunia kerana menerima tawaran melatih Real Madrid, manakala Fernando Hierro menggalas tugas jurulatih sementara sepanjang pusingan akhir di Rusia.

Enrique menandatangani kontrak dua tahun.

“Keputusan itu dibuat sebulat suara.

“Saya suka komitmennya. Beliau telah melepaskan peluang meraih kewangan yang lebih baik untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan,” kata Presiden RFEF, Luis Rubiales. - AGENSI