Skuad Three Lions di bawah kendalian Gareth Southgate menampilkan aksi cemerlang sehingga berjaya ke separuh akhir Piala Dunia.

England memulakan kempen kelayakan Euro 2020 dengan aksi luar biasa dengan membelasah Republik Czech 5-0 termasuk jaringan hatrik Raheem Sterling.

Bagaimanapun, Montenegro memiliki rekod baik ketika menentang England sejak mula menjadi negara bebas pada 2007 dengan seri tiga perlawanan dan hanya tewas dalam satu pertemuan.

Walaupun ramai menjangkakan England akan berdepan laluan mudah di Podgorica namun Tumbakovic percaya pasukannya akan berikan cabaran sebaik mungkin.

“Cara Englad bermain sangat istimewa. Saya cuba cari kelemahan mereka tetapi gagal dan kami realistik dalam hal ini.

“Perlawanan sebelum ini menghasilkan keputusan baik untuk Montenegro tetapi esok kami akan bermain dengan pemain baharu, jurulatih baharu dan semuanya berbeza.

“England adalah pasukan pilihan tetapi jika kami hadir dalam perlawanan ini sebagai pasukan yang kalah, kenapa perlu kami bermain? Saya akan siapkan pasukan dengan cara berbeza.

“Sama ada saya berani atau gila, saya sendiri tidak pasti tetapi ia selari dengan semangat kesukanan,” kata Tumbakovic.-AGENSI