Pasukan kendalian Gareth Southgate, yang mara ke separuh akhir Piala Dunia, berdepan risiko kalah tiga kali berturut-turut dan banyak melakukan perubahan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan itu namun permainan mereka berubah selepas rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan perubahan ketara dalam aksi keseluruhan pasukan dan Marcus Rashford menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menerima hantaran Kyle Walker pada minit ke-54.

“Kami tidak begitu gembira dengan permainan separuh masa pertama terutama cara kami bermain dan memberikan tekanan.

“Semua orang menyuarakan pendapat masing-masing dan kami rasa, separuh masa kedua jauh lebih baik,” kata Rose.

Sementara itu, Harry Maguire menegaskan bahawa Southgate sama sekali tidak gembira de­ngan permainan yang ditampilkan pasukannya.

“Memang benar ada beberapa perkara dibincangkan bersama pemain.

“Kami terlalu berhati-hati. Pengurus pasukan memberi kata dua kepada kami dan pada separuh masa kedua keadaan menjadi lebih baik,” kata Maguire.

Rose juga berharap masalah kecergasan yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu akan dapat diatasi segera bagi memboleh­kan dia menyerlah bersama Tottenham.

“Keadaan saya sa­ngat baik. Saya menjalani latihan selama enam minggu pada musim panas semasa Piala Dunia.

“Saya kembali bersama Tottenham dan menyertai perlawanan pramusim. Sesi latihan memang sukar tetapi kini saya cukup cergas,” kata Rose. – AGENSI