Dalam undian yang diadakan di Nyon sebentar tadi, penyandang gelaran yang juga juara 11 kali, Real Madrid dari Sepanyol bakal menentang gergasi bola sepak Jerman dan juara lima kali, Bayern Munich.

Juara La Liga, Barcelona yang pernah menjuarai kejohanan pada 1992, 2006, 2009, 2011 dan 2015 akan ditentang juara Serie A yang juga juara 1996 dan 1985, Juventus.

Pasukan penuh kejutan yang hanya beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama iaitu Leicester City akan berdepan kelab Sepanyol yang gagal dalam dua percubaan terakhir untuk merangkul kejuaraan sulung Eropah, Atletico Madrid.

Satu lagi wakil Jerman, Borussia Dortmund yang merupakan juara 1997 pula akan menentang wakil Perancis, Monaco. - AGENSI

SUKU AKHIR

Atletico Madrid (ESP) lwn Leicester City (ENG)

Borussia Dortmund (GER) lwn Monaco (FRA)

Bayern Munich (GER) lwn Real Madrid (ESP)

Juventus (ITA) lwn Barcelona (ESP)

*Suku akhir pertama 11-12 April, suku akhir kedua 18-19 April