Bagaimanapun pengendali dari Sepanyol itu menagih pasukannya agar membuktikan keberanian tersebut sekali lagi untuk berdepan Manchester United di Old trafford Rabu ini (Khamis pukul empat pagi waktu Malaysia).

Skuad Gunners menumpaskan Spurs 4-2 di laman sendiri sekali gus menyaksikan dua seteru dari utara London itu berkongsi 30 mata, masing-masing di anak tangga keempat-kelima.

Emery bagaimanapun percaya Arsenal mampu mencabar kedudukan teratas jika pasukannya mencatat kemenangan bermula dengan mengatasi United di tempat lawan untuk meneruskan rentak kecemerlangan mereka.

“Jika kami kuat sekarang, maka kami perlu buktikan pada Rabu ini. Satu perlawanan baru, cabaran baru, cabaran yang besar. Ia adalah perlawanan di tempat lawan dan kami perlu terus meningkatkan keupayaan mental.

“Kami sedar kami perlu berubah untuk menjadi pasukan yang kompetitif. Saya fikir pasukan ini sedang dalam pembikinan ke arah itu, namun ini perlawanan di tempat Manchester United dan cabaran akan lebih besar berbanding perlawanan lain.

“Satu perlawanan mengujakan. Persiapan untuk aksi ini juga merupakan motivasi besar untuk kami. Ia akan menyuntik motivasi tinggi kepada saya untuk saingan Rabu ini,” kata Emery.

Skuad bimbingan jose Mourinho bagaimanapun sedang bergelut di kedudukan ketujuh dengan 22 mata selepas 14 perlawanan liga musim ini.- REUTERS