Arsenal yang kini berada di kedudukan teratas Kumpulan E memenangi kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan dan beraksi cemerlang dalam kancah Liga Perdana Inggeris termasuk mengikat Liverpool dalam aksi hujung minggu lalu.

Mereka akan memiliki rekod 15 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan sekiranya berjaya menundukkan Sporting buat kali kedua berturut-turut dan kali ini di Stadium Emirates.

“Saya fikir kami boleh bermain dengan mana-mana pasukan handalan dunia.

“Kami mengawal Liverpool. Kami bermain dari bawah. Ini bukan nasib baik untuk mencipta peluang. Kami memulakan gerakan dari bawah dan itu cara kami mahu bermain,” kata Emery.-AFP