Dalam aksi di Stadium Pakan Sari, gol-gol Korea Selatan dijaringkan Lee Seung-Woo pada minit ke-93 dan Hwang Hee-Chan (m-101) dan jaringan tunggal Jepun diledakkan Ayase Ueda (m-115).

Kejayaan itu menyaksikan Son Heung-Min yang merupakan pemain Tottenham Hotspur terselamat daripada menyertai program ketenteraan yang diwajibkan kepada setiap warga Korea selama dua tahun.

Ini merupakan emas kelima buat pasukan bola sepak Korea Selatan di temasya tersebut sejak kali pertama memenangi pada tahun 1970, seterusnya 1978, 1996, 2014 dan 2018. -UTUSAN ONLINE