Perkara tersebut disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Ecuador, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, lima pemain tersebut dirahsiakan nama mereka.

Lima pemain tersebut didapati melakukan kesalahan apabila keluar daripada hotel penginapan mereka tanpa kebenaran sebelum aksi menentang Argentina di Quito pada Selasa.

Perlawanan pada Selasa lalu amat penting buat Argentina yang memerlukan mata bagi membolehkan mereka layak ke Piala Dunia 2018.

Dalam perlawanan tersebut Ecuador tewas 1-3 kepada Argentina yang menyaksikan pemain bintang Barcelona, Lionel Messi beraksi cemerlang apabila menjaringkan tiga gol buat pasukan kebangsaannya.

“Sebaik sahaja jurulatih Ecuador, Jorge Celico memberikan laporan kepada kami dengan fakta yang terperinci, pihak jawatankuasa terus membuat keputusan menggantung lima pemain terlibat daripada sebarang aktiviti bersama skuad kebangsaan,” kata kenyataan daripada Persekutuan Bola Sepak Ecuador. - REUTERS