Agensi berita AP melaporkan, keputusan itu dibuat seminggu selepas Eaton melancarkan kempen global menangani gejala rasuah bola sepak.

FIFA berkata, Eaton akan menyertai Pusat Antarabangsa Untuk Keselamatan Sukan yang berpangkalan di Qatar Mei ini.

Eaton sepatutnya mengetuai kempen FIFA bagi menyiasat rasuah oleh pemain, jurulatih, pengadil dan pegawai bola sepak ekoran laporan berlakunya gejala tersebut di banyak negara.

Eaton, bekas penyiasat dari Australia, yang membawa era baru dalam penyiasatan FIFA sejak menyertai badan bola sepak dunia itu dari agensi perhubungan Interpol menjelang Piala Dunia 2010. – AGENSI