Dalam perlawanan tersebut Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-69 dan ke-75 manakala jaringan awal diraih menerusi Dries Mertens sewaktu minit ke-47.

Kemenangan itu membolehkan Belgium yang ketika ini berada di ranking ketiga dunia berada di landasan terbaik bagi menamatkan aksi peringkat kumpulan dalam kelompok dua terbaik.

Selepas ini Belgium dijadual menentang Tunisia dalam aksi kedua peringkat kumpulan pada Sabtu ini manakala Panama akan bertemu England sehari selepas itu. - AGENSI