Christian Eriksen meledak gol kemenangan Tottenham pada minit ke-60 selepas Kane sebelum itu meletakkan Spurs selesa mendahului pada minit ke-34 dan 38.

West Ham bagaimanapun hampir melakar kejutan apabila tandukan Javier Hernandez pada minit ke-64 dan Cheikhou Kouyate di minit ke-87 merapatkan kedudukan buat tuan rumah.

Layangan kad merah yang diterima pemain pertahanan, Serge Aurier pada minit ke-70 turut memburukkan keadaan buat Spurs, namun mereka berjaya bertahan dalam keadaan tertekan untuk membawa pulang tiga mata berharga dari Stadium London.

Tottenham kini berjaya memenangi semua tiga perlawanan pertama mereka di tempat lawan sejak musim 1991-1992.

Selepas tamat enam perlawanan, kelab London itu berjaya mengutip 11 mata, tujuh mata mengatasi West Ham. - AGENSI