Ia adalah kekalahan terburuk Diego Simeone sejak tujuh tahun membimbing Atletico dan meletakkan Dortmund di kemuncak kumpulan A dengan kedua-dua pasukan telah menewaskan Club Brugge dan Monaco.

“Anda tidak boleh bayangkan ia. Pujian besar buat pasukan, kerana bukan setiap hari anda menjaringkan empat gol berdepan Atletico,” kata kapten Dortmund, Marco Reus.

Dia memuji pemain muda di bahagian pertahanan Achraf Hakimi, yang dipinjam dari Real Madrid, kerana dua lorongan bolanya menghasilkan dua gol awal pagi tadi.

"Achraf sangat penting di bahagian sayap, dia laju dan lariannya tepat pada masanya,” tambah Reus.

Axel Witsel meletakkan Dortmund di hadapan di Signal Iduna Park selepas rembatannya terbias melepasi Raphael Guerreiro, dan menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua, dan satu gol oleh Sancho berusia 18 tahun yang dimasukkan sebagai pemain gantian sebagai pelengkap.

"Kami tidak boleh menyalahkan ini sebagai nasib buruk atau yang lainnya,” kata kapten Atletico, Diego Godin.

"Kami bermula dengan baik pada separuh masa kedua, tetapi di dalam bola sepak peluang yang ada perlu disambar.”

"Untuk mencapai kedudukan teratas sukar kini kerana perbezaan gol, tetapi kami akan cuba menewaskan mereka di gelanggang sendiri,” tambahnya.

Dortmund beraksi tanpa penyerang Sepanyol Paco Alcacer, yang menjaringkan tujuh gol dalam empat penampilan Bundesliga, kerana kecederaan kaki, manakala Diego Costa kembali beraksi untuk berpasangan dengan Antoine Griezmann di barisan hadapan Atletico. - AFP