Dollah berkata, segalanya tidak menjadi bagi anak buahnya di sebalik harapan tinggi yang di­letakkan iaitu untuk mencapai kemenangan pertama sebagai motivasi terhadap misi mereka untuk menjulang piala kedua musim ini.

“Pemain dilihat masih lagi tercari-cari rentak permainan dan paling ketara bahagian serangan tidak memberi impak besar menambah gol.

“Komitmen semua pemain juga dilihat tidak berada pada tahap terbaik, mereka tidak turun membantu barisan pertahanan ketika Sabah melakukan serangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan pertama dalam Kumpulan D di Stadium Darul Makmur itu berakhir.

Austin Amutu menjaringkan gol untuk tuan rumah namun tidak cukup untuk mendapat pujian daripada Dollah yang berkata, penyerang dari Nigeria itu masih gagal memperkasakan jentera serangan.

Sementara itu, pengendali Sabah, Jelius Ating berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang berjaya mengikat Tok Gajah.