Memantau perkembangan ter­­kini Korea Utara apabila ke­dua-dua negara itu dijadualkan bertemu dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 pada 8 Jun ini.

Korea Utara berada di kedudukan ke-121 dalam ranking dunia berbanding Malaysia di tempat ke-161 tetapi hakikat bahawa mereka tidak banyak bermain dalam perlawanan antarabangsa bermakna tidak banyak yang diketahui mengenai pasukan republik komunis itu.

Kim Swee berkata, walaupun mereka jarang mengadakan perlawanan persahabatan tidak bermakna Korea Utara adalah pasukan yang mudah untuk dihadapi.

“Jika melihat kepada ranking dunia, Korea Utara berada jauh di belakang (berbanding pasukan gergasi Asia) kerana mereka kurang mengadakan perlawanan persahabatan.

“Apa yang saya boleh katakan mengenai Korea Utara mereka mempunyai kekuatan yang seimbang dengan pasukan-pa­sukan dari Timur Tengah, selain Korea Selatan dan Jepun.

“Berdepan dengan Korea Uta­ra tidak boleh diambil mudah kerana mereka pernah beraksi dalam kejohanan Piala Dunia. Jadi saya perlu menonton rakaman video perlawanan mereka sebelum ini di bawah kendalian jurulatih terbaharu mereka (Jorn Andersen),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Korea Utara sudah dua kali bermain dalam Piala Dunia, yang pertama di England pada 1966 dan terbaharu di Afrika Selatan pada 2010.

Dalam pada itu, Kim Swee menggesa pemainnya memanfaatkan peluang untuk memperbaiki kedudukan ranking apabila bertemu Filipina dalam perlawanan persahabatan di Stadium Memorial Rizal pada 22 Mac ini.