Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dilema Dollah, sukar buat pilihan

Dollah SALLEH menghadapi masalah untuk membuat pemilihan pemain
DOLLAH SALLEH menghadapi masalah untuk membuat pemilihan pemain menjelang perlawanan akhir Piala FA kerana kesemua mereka menunjukkan prestasi bagus ketika ini.

TEMERLOH 18 Mei - Peningkatan prestasi pemain membuatkan pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berada dalam dilema untuk memilih kesebelasan utama menentang Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, prestasi pemain-pemain Pahang yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan menyukarkannya membuat pilihan namun melihat perkara itu sebagai perkembangan positif dalam skuad Tok Gajah menjelang perlawanan tersebut.

“Semua pemain menunjukkan prestasi terbaik kebelakangan ini, jadi saya agak risau apabila tiba masa untuk membuat pemilihan kerana khuatir ada pemain berasa ‘tertinggal’ nanti.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku ini satu kebaikan untuk pasukan dan saya percaya masing-masing telah berusaha merebut tempat bukan sahaja dalam kesebelasan utama tetapi dalam senarai 18 pemain,” katanya ketika ditemui ketika sesi latihan pemain Pahang di Padang Majlis Daerah Temerloh di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Dollah berkata, kehadiran pemain dari Argentina, Yamil Romero bakal menjadi senjata baharu skuad Tok Gajah untuk merobek benteng pertahanan skuad Lang Merah Sabtu ini.

Berdasarkan perlawanan persahabatan dengan kelab Shahzan Muda semalam, katanya, Romero dilihat mempunyai ciri pemain yang hebat dan diperlukan pasukannya.

“Saya percaya Romero boleh memantapkan lagi bahagian tengah di samping memberi sokongan untuk menyerang. Dia masih baharu dengan kami tetapi saya percaya dengan corak permainan yang ditunjukkan, kemungkinan besar dia akan menjadi senjata baharu kami,” ujarnya.

Berhubung persaingan pasukan Hijau Kuning, Dollah berkata, pasukan yang layak ke perlawanan akhir Piala FA mempunyai kekuatan yang seimbang.

Katanya, meskipun Kedah memiliki rekod lebih baik dalam pertandingan Piala FA tetapi Pahang mampu memberi saingan yang hebat dalam usaha merangkul trofi.

“Saya percaya kedua-dua pasukan akan memberikan persembahan terbaik. Insya-Allah dengan persiapan dan semangat pemain, Pahang akan memberikan usaha yang terbaik,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain