Cardiff yang cuba memberi tentangan kepada kelab London itu bagaimanapun tidak bernasib baik selepas pemain tengah mereka, Joe Ralls dilayangkan kad merah pada minit ke-58 kerana melakukan kekasaran terhadap Lucas Moura.

Kemenangan keenam daripada lapan perlawanan musim ini membolehkan Spurs melonjak ke tangga ketiga liga dengan 18 mata, satu mata di belakang Manchester City dan Liverpool yang akan berentap sesama sendiri esok.

Pendatang baharu Liga Perdana, Cardiff yang masih gagal mencatat sebarang kemenangan musim ini kekal di tangga tercorot dengan dua mata.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam ini. - AGENSI

BURNLEY 1 HUDDERSFIELD 1

C. PALACE 0 WOLVERHAMPTON 1

LEICESTER 1 EVERTON 2

TOTTENHAM 1 CARDIFF 0

WATFORD 0 BOURNEMOUTH 4