Persoalan itu hadir selepas melibat begitu ramai penyokong membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil sepanjang kempen Piala AFF tahun lalu.

Mengakui, beraksi dalam stadium kosong pasti memberi kesan kepada persembahan pasukan dalam Piala Air yang bermula esok, penyerang Kedah itu merayu kepada peminat agar tidak terpengaruh dengan tindakan Ultras Malaya.

“Semangat kami datang daripada penyokong tetapi bila diboikot saya rasa secara keseluruhan, ia seperti menghasut yang lain untuk tidak ke stadium, jika yang lain terpengaruh siapa lagi yang akan berada di stadium?

“Di mana semangatnya untuk kami bermain? Sebagai pemain, saya dan rakan lain pasti kecewa (dengan keputusan boikot ini),” katanya.

Mengulas lanjut, Zaquan turut mempersoalkan di manakah ‘bangsa-bangsa final’ yang memenuhi stadium ketika perlawanan akhir Piala AFF, tahun lalu.

“Ketika Piala AFF timbul isu bangsa final, bila jadi macam ini saya sebagai wakil pemain ingin bertanya di manakah ‘bangsa-bangsa final?’. Saya tidak salahkan mereka (penyokong).

“Kami bermain untuk pa­sukan negara dan bila dikatakan ada yang cuba memboikot tidak mahu datang stadium mungkin akan menjatuhkan semangat kami, secara tidak langsung memberi kesan kepada permainan.

“Di mana semangatnya untuk kami bermain. Sebagai pemain, saya dan rakan lain pasti kecewa (dengan keputusan boikot ini),” katanya. - UTUSAN ONLINE