Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dea Gea kekal bersama United

PENJAGA gol Manchester United, David De Gea ketika aksi menentang
PENJAGA gol Manchester United, David De Gea ketika aksi menentang Tottenham Hotspur pada Ahad lepas. - REUTERS

LONDON 18 Mei - Jose Mourinho mengesahkan David De Gea akan digugurkan daripada perlawanan terakhir Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini tetapi memberitahu Real Madrid bahawa dia mahu mengekalkan penjaga gawang itu di Old Trafford.

Bintang Sepanyol itu dilaporkan telah menjadi sasaran perpindahan utama Real pada musim perpindahan akan datang dan tidak bersama skuad United ketika mereka seri tanpa jaringan ketika menentang Southampton.

Mourinho mendedahkan bahawa dia mahu menggunakan penjaga gol ketiga, Joel Pereira ketika menentang Crystal Palace manakala Sergio Romero akan dipilih untuk berdepan aksi terakhir Liga Europa menentang Ajax pada 24 Mei ini.

Ketika ditanya sama ada De Gea akan beraksi untuk United, Mourinho memberitahu Sky Sports: “David? Saya fikir perlawanan pertamanya ialah LA Galaxy, perlawanan pra musim di Los Angeles.” - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain