Pemain kebangsaan Belgium itu mengalami kecederaan lutut yang kedua ketika City meraih kemenangan 1-0 ke atas Tottenham 20 April lal, namun kini dilihat sudah sedia untuk mengharungi musim akan datang.

“Bermain dalam perlawanan hari ini merupakan satu kebanggaan. Setelah mengalami kecederaan ketika berdepan Tottenham, saya seperti sudah berputus asa.

“Lima kecederaan dalam tempoh setahun sangat banyak. Tetapi saya berjaya pulih dan menyertai semula pasukan sehingga membantu mereka memenangi gelaran dalam aksi terakhir musim ini.

“Saya berasa seperti diberkati dan berjaya menunjukkan kepada semua bahawa saya masih lagi mampu menampilkan kualiti yang sama,” ujar kata De Bruyne.- AGENSI