Bekas pengendali Ajax, De Boer mengambil alih tempat Sam Allardyce di Selhurst Park pada Jun lalu, masih gagal membimbing pasukannya meraih mata dan menjaringkan gol bagi musim ini.

Kekalahan 1-0 kepada Burnley meningkatkan lagi tekanan kepada pengendali kelahiran Belanda itu, yang menegaskan pasukannya telah berusaha untuk mempamerkan aksi terbaik ketika tewas di Turf Moor.

“Semua orang yang berada di Stadium yang menonton perlawanan ini, berasakan hanya satu pasukan yang berhak meraih kemenangan.

“Tetapi inilah bola sepak, kadang-kala apa yang telah diusahakan tidak membuahkan hasil walaupun terdapat juga kesilapan yang telah kami lakukan, melepaskan gol mudah, gagal menjaringkan gol ketika peluang terhidang,” katanya.

Kesilapan Lee Chung-yong memberikan jaringan tunggal Chris Wodd pada minit ketiga, De Boer mengakui ketinggalan di awal permainan menggugat pasukannya.

“Sukar untuk menjangkakan perkara itu berlaku. Saya berasakan kami memiliki peluang untuk menjaringkan gol tetapi pemain-pemain tidak memiliki keyakinan ketika menghadapi perlawanan ini. Saya berharap pemain-pemain dapat melakar kebangkitan pada perlawanan akan datang.” ujarnya. -AGENSI