Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Davies impi kapten termuda julang Piala FA

MATTHEW DAVIES (kiri) dan Khairul Helmi Johari bersama Piala FA
MATTHEW DAVIES (kiri) dan Khairul Helmi Johari bersama Piala FA selepas sidang akhbar perlawanan akhir di Stadium Shah Alam semalam. utusan/Hafiz Johari

SHAH ALAM 19 Mei - Pertahanan Pahang, Matthew Davies berhasrat untuk menjadi kapten paling muda dalam sejarah yang berjaya menjulang Piala FA Stadium Shah Alam, di sini esok.

Pemain berusia 22 tahun itu mengakui, kejayaan pada malam esok akan menjadi sesuatu yang luar biasa seandainya mampu direalisasikan kerana merupakan kali pertama dia beraksi di pentas final sepanjang tiga tahun bersama skuad Tok Gajah.

Pemain kelahiran Perth, Australia itu juga menepis andaian bahawa lilitan kapten yang diberikan kepadanya adalah suatu bebanan kepada pemain muda sepertinya, sebaliknya berkata dia antara pemain senior di dalam skuad Tok Gajah.

“Memang sesuatu yang luar biasa sekiranya saya menjadi kapten paling muda menjulang Piala FA tetapi keutamaan kami ketika ini adalah memastikan kejayaan Pahang.

“Saya berharap pengalaman saya di pentas antarabangsa dan Pahang akan membantu kejayaan kami pada malam esok.

“Memang saya kapten paling muda tetapi saya sentiasa memberikan aksi konsisten bersama Pahang sejak tiga tahun lalu dan saya melihat lilitan kapten ini bukan suatu bebanan tetapi akan menjadi dorongan untuk saya beraksi lebih baik,” katanya semasa sidang akhbar menjelang aksi final di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain