Legenda The Reds itu membuat 515 penampilan bersama kelab selaku pemain antara 1977-1990 dan berjaya menjaringkan 172 gol selain menjadi pengurus sebanyak dua kali bermula 1985-1991 dan 2011-2012.

Dia berjaya menjulang enam tofi kejuaraan liga dan tiga Piala Eropah selaku pemain.

Perlawanan amal itu akan berlangsung di Anfield pada 23 Mac ini dan hasil kutipan akan disalurkan kepada Yayasan LFC dan Fondazione Milan.

Antara pemain yang akan beraksi termasuk Kaka, Andrea Pirlo, Paolo Maldini, Robbie Fowler dan Steve McManaman.

“Memang saya tidak jangka akan diberi peranan selaku pengurus tetapi ini adalah bagi tujuan yang sangat baik.

“Seperti saya, pemain-pemain juga gembira untuk beraksi dan berikan sokongan kepada Yayasan LFC yang memberi bantuan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Ini adalah peluang terbaik buat penyokong-penyokong muda dan generasi akan datang kelab ini, mereka boleh menikmati suasana luar biasa di Anfield yang mana tidak ramai berpeluang merasainya sebelum ini,” katanya.-AGENSI