Acara [email protected] ini adalah acara kali keempat seumpamanya dianjur oleh akhbar ini sejak 2017 dengan format unik iaitu ‘tonton percuma sambil berpeluang memenangi cabutan bertuah’.

Pengerusi jawatankuasa penganjuran, Johardy Ibrahim berkata, acara ini terbuka kepada penyokong Manchester United dan Liverpool yang akan disajikan dengan tayangan pada paparan LED gergasi untuk mera­sai suasana siaran langsung bagaikan di Old Trafford!

“Berdasarkan sambutan terhadap tiga penganjuran sebelum ini, kami menjangkakan kira-kira 1,000 orang akan hadir pada perlawanan ini,’’ katanya di sini hari ini.

Johardy yang juga Pengarang Berita Kanan berkata, para peminat hanya perlu menjawab lima soalan mudah dan yang tepat akan mendapat set pas masuk percuma (serta layak untuk satu cabutan bertuah) di pautan berikut http://bit.ly/EPLUtusanFeb2019

Hadiah-hadiah cabutan bertuah menarik disediakan daripada Shopee serta hadiah utama, tiket penerbangan AirAsia untuk dimenangi.-UTUSAN ONLINE