Pemain tengah, Luka Modric membuka jaringan di Zagreb menerusi sepakan penalti pada minit ke-13 selepas penjaga gol Greece, Orestis Karnezis menjatuhkan penyerang Nikola Kalinic.

Tuan rumah Croatia kemudian menambah jaringan pada enam minit selepas itu apabila Kalinic yang tidak dikawal memanfaatkan hantaran rendah kepada Ivan Strinic.

Pasukan pelawat kemudian bangkit merapatkan kedudukan pada minit ke-30 mselepas kapten Greece Sokratis Papastathopoulos menanduk masuk daripada sepakan sudut.

Bagaimanapun tiga minit berselang, Ivan Perisic menjurangkan semula Crotia sebelum Andrej Kramaric meletakkan tuan rumah dalam kemenangan selesa 4-1 pada minit ke-49.

“Ia satu perlawanan yang cukup hebat. Bagaimanapun ia baharu aksi pertama, kami perlu bertenang. Perlawanan masih belum tamat.

“Mereka (pemain) telah mempamerkan persembahan terbaik. Tidak banyak yang kami pinta, hanya sedikit sokongan dan kepercayaan,” kata jurulatih Croatia, Zlatko Dalic kepada saluran televisyen HRT.- AFP