Skuad bimbingan Gareth Southgate meledak lapan gol menerusi sepakan bebas di Rusia, sekali gus muncul pasukan terbanyak membuat jaringan melalui teknik itu di Piala Dunia selepas Portugal melakukannya pada 1966.

England menjaringkan 11 gol di Rusia, dengan tiga jaringan hadir menerusi permainan terbuka.

Susulan daripada itu, kapten Croatia, Modric memberitahu pasukannya kini giat menjalani latihan selain menerapkan teknik untuk mematahkan ancaman sepakan bebas England itu.

“Sepakan bebas mereka sangat berbahaya. Mereka memiliki pemain seperti Harry Maguire, Harry Kane, John Stones dan lain-lain, yang dilihat sangat kuat.

“Anda dapat lihat mereka telah bekerja keras menerusi sepakan bebas, sebab itu mereka dapat menjaringkan gol dengan banyak.

“Kami perlu memberi perhatian terhadap ketelitian ini dan diharap kami dapat melakukan lebih baik berbanding ketika berdepan pasukan lain dalam laluan ke separuh akhir Piala Dunia di Rusia.

“Inilah bola sepak, namun terima kasih Tuhan kerana kami akhirnya sampai ke separuh akhir. Tetapi kami perlu membunuh permainan lebih awal.

“Kami lebih baik daripada Rusia, terutama di babak kedua dan masa tambahan, namun kami tidak boleh lakukannya tanpa drama,” katanya. – AGENSI