Tiga gol tersebut dijaringkan oleh Ante Rebic pada minit ke-53, diikuti kapten Luka Modric 27 minit kemudian, sebelum Ivan Rakitic melengkap kemenangan bergaya pada masa kecederaan di babak kedua.

Juara dunia dua kali, Argentina yang dibintangi penyerang prolifik Barcelona, Lionel Messi berdepan misi sukar untuk mara ke peringkat kalah mati selepas hanya memungut satu mata daripada dua perlawanan, manakala Croatia muncul pendahulu Kumpulan D dengan enam mata.- REUTERS