Pemain kelahiran Brazil, Mario Fernandes telah menghidupkan impian Rusia kembali selepas menanduk masuk untuk tuan rumah pada minit ke-115 bagi menyamakan kedudukan sebelum mengheret Croatia ke sepakan penentuan tersebut, bagaimanapun dia dan Fedor Smolov masing-masing gagal menyempurnakan tendangan penalti itu di Stadium Fisht, Sochi.

Croatia, yang meraih dua gol menerusi Andrej Kramaric dan Domagoj Vida, masing-masing pada minit ke-39 dan 100 menempah tiket ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1998.

Mereka akan berdepan England, yang telah menundukkan Sweden 2-0 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Luzhniki, Moscow.

Terdahulu Rusia membuka jaringan menerusi tendangan kencang Denis Cheryshev pada minit ke-31.- AFP