Pada aksi pusingan kedua kalah mati itu, Ivan Rakitic muncul penyelamat apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelima yang memisahkan kedua-dua pasukan yang terdahulu terikat 1-1 dalam 90 minit permainan sebenar dan selepas masa tambahan.

Walaupun penjaga gol kedua-dua pasukan beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa sepakan penalti namun pada akhirnya Croatia lebih berhak untuk mara dan bertemu Rusia di suku akhir pada 8 Julai ini.

Terdahulu Rusia mara selepas mengejutkan Sepanyol juga menerusi penentuan sepakan penalti 4-3. - UTUSAN ONLINE