Costa menerima hukuman tersebut daripada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Khamis lalu selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil, Gil Manzano pada babak pertama ketika Atletico tewas 0-2 kepada Barcelona, minggu lalu.

Manzano mengarahkan Costa keluar padang pada minit ke-28 dan dia turut dilaporkan memegang bahu pengadil itu ketika insiden tersebut berlaku.

“Hukuman keras bagi saya,” kata Simeone.

Itu bermakna, Costa tidak akan beraksi dalam baki tujuh perlawanan La Liga selepas Atletico tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara dan Copa del Rey.

Bagaimanapun, Simeone menegaskan Costa masih mempunyai masa depan bersama kelab.

“Sudah tentu, anda tahu apa yang saya fikir tentang Costa. Kami perlu menjaga hal kami bersama Costa,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Atletico, Enrique Cerezo berkata kelab tersebut akan mengemukakan rayuan.

“Berita buruk untuk kami. Kami akan membuat rayuan untuk meminta jasa baik dan tunggu apa yang berlaku selepas ini,” katanya. - AFP