Kemenangan itu membolehkan Chelsea memiliki kelebihan 13 mata ke atas pasukan terdekat Tottenham Hotspurs untuk sekurang-kurangnya selama 24 jam.

Pengendali dari Itali itu meraikan gol pada penghujung perlawanan oleh Gary Cahill dengan cara tersendiri sebelum memeluk pemain dan staf kejurulatihannya.

Conte meraikan kejayaan tersebut seakan berjaya menjulang trofi, pada ketika Chelsea hilang khidmat pemain utama Eden Hazard dan berdepan pasukan yang liat untuk tumbang di laman sendiri.

Dia turut memuji penyerangnya Costa yang terkenal dengan sikap panas baran apabila berjaya mengekalkan disiplin diri walaupun dilayangkan kad kuning pada awal permainan.

“Bukan mudah apabila anda menerima kad kuning hanya selepas beberapa minit permainan berlangsung. Adalah normal, undang-undang menyebabkan pemain marah dan memberikan reaksi, kemudian mereka cenderung untuk melakukan kesalahan lagi.

“Bagaimanapun, saya fikir Diego mempamerkan, bukan sahaja di dalam permainan, tetapi secara jelas bahawa anda perlu berdisiplin secara menyeluruh.

“Diego juga menunjukkan dirinya akan menjadi pemain disegani dengan cara tersendiri. Dia menunjukkan kepada saya mengenai komitmen yang hebat dan mempamerkan bahawa dia beraksi dalam satu pasukan, bukan untuk dirinya sendiri. Saya mahukan pemain saya memiliki tingkah laku sebegini.

“Mungkin kalau dahulu, Diego telah dilayangkan dua kad kuning. Tetapi musim ini, saya gembira dengan perubahannya,” ujar Conte, yang mana pasukannya meraih tiga mata selepas Cahill menyumbat gol kemenangan pada minit ke-87.

Pemain tengah Willian meletakkan Chelsea di depan seawal minit ke-13 sebelum penyerang Stoke, Jonathan Walters menyamakan kedudukan 25 minit kemudian menerusi sepakan penalti. – AFP