Pengendali Itali yang memulakan musim kedua bersama pasukan barat London itu memberitahu, dua keputusan yang dibuat dalam perlawanan itu tidak memihak kepada pasukannya.

Akibatnya, The Blues tewas 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas aksi 90 minit.

Keputusan pengadil Robert Madley melayangkan kad kuning kepada Willian nyata memberi kesan kepada Chelsea selepas ulang tayang menunjukkan jelas bahawa pemain sayap itu dihalang pemain Arsenal, Hector Bellerin.

Layangan kad merah kepada Pedro nyata memberi kesan mendalam kepada pasukan itu yang kemudiannya memberikan ruang kepada Arsenal untuk menyamakan kedudukan.

“Memang saya sangat kecewa untuk menamatkan saingan buat kali kedua di Wembley dengan 10 pemain ketika berdepan Arsenal.

“Sebelum ini ialah ketika aksi Piala FA dan kali ini di Perisai Komuniti.

“Sepatutnya kami diberikan sepakan penalti. Memang kami rasa kecewa tetapi keputusan pengadil perlu dihormati meskipun ada ketikanya ia membuatkan awak berasa marah,” katanya.-REUTERS