Bagaimanapun, bekas pengendali Real Madrid itu yang sudah pun bersama Iran selama lapan tahun menegaskan dia kekal komited untuk membantu pasukannya menjuarai kejohanan bola sepak terbesar di Asia buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada 40 tahun.

“Tidak dinafikan Colombia telah menyatakan minat dan keyakinan mereka terhadap saya. Sukar untuk dipercayai apabila skuad kebangsaan yang dibarisi pemain hebat dan mempunyai kedudukan ranking FIFA (Perseketuan Bola Sepak Dunia) (ke-12).

“Pasukan yang berprestij, satu penghormatan dan membuatkan saya berasa bangga. Bagaimanapun, ketika ini tanggungjawab saya adalah bersama Iran. Selepas Piala Asia tamat saya akan memikirkan tawaran Colombia,” katanya yang hampir membimbing mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia di Rusia pada tahun lalu.

Walaupun pasukan Melli itu beraksi dengan baik di Piala Dunia namun pihak berkuasa bola sepak Iran memilih untuk tidak memilih untuk tidak menawarkan kontrak baharu selama empat tahun kepada pengendali berusia 65 tahun itu.

“Jujurnya saya terkejut. Situasi ini berlaku bukan disebabkan saya tetapi berpunca daripada keputusan persekutuan. Masa depan jurulatih berada dalam tangan presiden. Mereka mahu beralih ke arah dan pasti saya mencari jalan penyelesaian,” katanya lagi.

Iran merupakan pasukan pilihan bersama Korea Selatan dalam Piala Asia dan Queiroz memuji semangat dan kesungguhan pemainnya di sebalik sekatan antarabangsa terhadap negara tersebut. - AFP