Arsene Wenger melakukan 11 perubahan di dalam skuad utamanya yang menewaskan Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan memberikan peluang kepada Olivier Giroud, Jack Wilshere dan Danny Welbeck untuk beraksi.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka selepas Sehrou Guirassy dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mathieu Debuchy pada minit ke-62.

Guirassy tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti itu bagi memastikan mereka meraih tiga mata penting dalam aksi di laman sendiri.

Cologne merupakan pasukan yang bergelut dalam saingan Bundesliga dengan rekod 12 perlawanan tanpa sebarang kemenangan pada musim ini.-AGENSI