Malah pengendali dari Sepanyol itu memuji sumbangan pemain bintangnya yang beraksi pada Piala Dunia lalu walaupun masih keletihan dan terpaksa memendekkan cuti rehat mereka demi City.

Pada aksi di Stadium Emirates itu, gol-gol City dijaringkan Raheem Sterling di awal babak pertama dan Bernardo Silva di awal babak kedua.

“Kami bermain di tahap tinggi biar pun kekurangan dari segi kecergasan dalam kalangan beberapa pemain yang lewat tiba selepas Piala Dunia. Kebanyakan mereka melakukan pengorbanan seperti Sterling, (John) Stones dan (Kyle) Walker.

“Kami sempat bersama selama seminggu tetapi semangat itu sentiasa ada,” katanya yang hanya membawa masuk Kevin de Bryune dan Leroy Sane yang juga kurang cergas sebagai pemain gantian sahaja. - AFP