Pengurus The Citizens itu me­negaskan, dia tidak akan menukar corak permainan biarpun pasukannya dikritik kerana gagal bertahan baik ketika tewas 3-1 kepada Monaco dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

“Kami tidak akan bertahan menentang Liverpool. Memang anda perlu menguatkan pertahanan selepas apa yang berlaku dalam perlawanan dengan Monaco, namun kami perlu kekal agresif.

“Dalam beberapa perlawanan terakhir liga kami kurang dibolosi, jadi saya rasa permainan kami stabil,” kata jurulatih kelahiran Sepanyol itu.

Selepas kekalahan kepada Monaco, ramai menjangkakan Guardiola akan melakukan perubahan drastik, namun dia memba­yangkan tidak banyak pertukaran bakal dilakukan.

Bagaimanapun bukan City sahaja bercadang untuk me­nyerang habis-habisan esok, sebaliknya pengurus Reds, Jurgen Klopp juga akan menggunakan taktik sama.

Ditanya apakah pendekatan yang akan digunakan, Klopp me­negaskan hanya bola sepak ‘berani’ mampu menjamin kemenangan.

“Saya ada dengar tentang gaya bola sepak Pep Guardiola dan tidak mudah hendak bertahan menentang mereka. Banyak pa­sukan yang sudah tumbang.

“Namun, jika anda bermain secara bertahan dengan City anda tidak akan berpeluang. Dalam kata lain, kami perlu menyerang bermula dari babak pertama dan kemudian mencari peluang pada babak kedua,” katanya. – AGENSI