Tujuh hari lalu, City berpotensi ditinggalkan tujuh mata selepas kalah mengejut 1-2 kepada Newcastle, namun dua keputusan seri berturut-turut yang dicatat Liverpool menyaksikan anak-anak buah Guardiola kini mendahului liga dengan berkongsi 62 mata bersama Reds tetapi dipisahkan menerusi perbezaan gol.

Dua jaringan City di Goodison Park disempurnakan Aymeric Laporte pada minit ke-45 dan Gabriel Jesus ketika masa kecederaan, sekali gus memboleh­kan juara bertahan itu kembali di puncak buat kali pertama sejak 15 Disember 2018.

“Pengajaran berguna yang kami terima...Jangan sesekali putus asa.

“Apa pun perjalanan maish panjang, banyak lagi perlawanan perlu dihadapi. Fokus sekarang adalah kepada pertemuan menentang Chelsea (Isnin),” kata Guardiola. – AGENSI