Kekalahan mengejut United di Old Trafford itu bermakna City sudah tidak boleh dikejar dengan menerajui liga dengan 16 mata sedangkan baki saingan hanya menawarkan 15 mata untuk dikutip.

United mempunyai baki lima perlawanan dan jika skuad bimbingan Jose Mourinho itu mengutip mata maksimum daripada kesemua aksi tersebut masih belum mencukupi untuk mengatasi City yang berkelebihan 16 mata di puncak liga dengan mengumpul 87 mata.

Itu bermakna skuad kendalian Pep Guardiola berjaya merangkul kejuaraan EPL buat kali kelima selepas kali terakhir melakukannya empat tahun lalu.

Kali pertama The Citizens menjuarai EPL pada 1937 sebelum mengulangi kejayaan mereka pada 1968 dan 2012.

Dalam perlawanan tersebut, West Brom terpaksa menanti hingga minit ke-73 untuk menembusi gawang tuan rumah menerusi tandukan Jay Rodriguez. - AGENSI