Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan membuat keputusan berhubung kes City menandatangani pemain muda Argentina, Benjamin Garre.

City mengikat pemain remaja itu hanya beberapa hari lalu selepas sambutan hari lahirnya yang ke-16 tahun, tetapi bekas kelabnya, Velez Sarsfield mendakwa juara Liga Perdana Inggeris itu mendekati Garre sewaktu dia masih berusia 15 tahun dan perbuatan tersebut jelas melanggar peraturan perpindahan pemain.

Kes tersebut diperdengarkan pada Julai lalu, tetapi masih belum ada keputusan daripada CAS kerana City mempertahankan kedudukan mereka.

Jika City didapati bersalah, hukuman standard di atas kesalahan itu ialah penggantungan pada dua jendela perpindahan. - AGENSI