City menunjukkan kemajuan besar sejak diambil alih oleh hartawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan pada 2008, dan mengukuhkan kedudukan apabila Guardiola pula dibawa masuk, tiga tahun lalu.

Jurulatih Sepanyol itu membawa City muncul juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, dan kini meletakkan mereka pada landasan mempertahankan gelaran selaku pendahulu.

"Saya fikir pasukan ini menunjukkan kemajuan besar dalam tempoh sedekad dan mengorak langkah untuk membina legasi.

"Begitupun untuk dibandingkan dengan Barcelona, kami masih jauh.

"Sangat jauh dari segi sejarah, legasi dan banyak faktor lain. Kami amat jauh kerana baru sedekad berada di bawah pemilik baharu.

"Namun, kedudukan kami kini semakin baik dari hari ke hari," katanya kepada media Britain. - AGENSI