Skuad bimbingan Pep Guardiola itu, yang menjulang Piala Liga bulan lalu kekal di landasan terbaik untuk mengucup tiga lagi trofi musim ini menerusi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Kesemua tujuh gol tersebut disumbangkan menerusi dua jaringan Sergio Aguero pada minit ke-35 dan 38, diikuti Leroy Sane (m-42), Raheem Sterling (m-56), Bernardo Silva (71), Phil Foden (78) dan Gabriel Jesus (84).- AFP