Pengurus pasukan skuad B-22 Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pemain muda yang bakal dipilih perlu mempunyai kebolehan untuk ditempatkan dalam skuad kebangsaan dan pihaknya mengalu-alukan lamaran tersebut mengikut keputusan Cheng Hoe.

"Kalau beliau (Cheng Hoe) membuat pilihan untuk mengambil pemain muda ia sesuatu yang baik bagi pasukan B-22 kerana skuad kebangsaan memerlukan pelapis yang bakal menggantikan pemain senior pada masa hadapan.

"Lebih cepat pemain muda diserap dalam pasukan kebangsaan, lebih cepat mereka akan dapat meningkatkan diri membuat persediaan untuk menyertai skuad utama negara, namun keputusan tersebut terserah kepada Cheng Hoe," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan Melaka United bersama pasukan Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi.

Pasukan Melaka United (MU) tewas 2-1 pada aksi persahabatan pra musim setelah pasukan pelawat menjaringan dua gol menerusi dua pemain importnya Ivan Fatic dan Andre Zinho masing-masing pada minit ke-72 dan ke-87. - BERNAMA