Keputusan tersebut menyebabkan Chelsea berada di tangga ketiga liga dengan 16 mata ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liverpool yang konsisten meraih kemenangan selepas enam perlawanan.

Kedudukan kedua menjadi milik Manchester City yang meraih kemenangan 5-0 ke atas Cardiff City pada semalam.

City berkongsi 16 mata dengan Chelsea namun kelebihan jaringan membolehkan skuad bimbingan Pep Guardiola itu menghuni tangga kedua. - AGENSI