Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Chelsea nikmati baki perlawanan

John TERRY (tengah) meraikan jaringannya untuk Chelsea ketika
JOHN TERRY (tengah) meraikan jaringannya untuk Chelsea ketika menentang Watford di Stadium Stamford Bridge, London semalam. Chelsea menang 4-3. AFP

LONDON 16 Mei – Sudahpun dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu, Chelsea hanya mahu menikmati baki perlawanan mereka apabila membuat rombakan ketika menumpas­kan Watford 4-3 da­lam aksi penuh menghiburkan di Stamford Bridge hari ini.

Jaringan ketua pa­sukan John Terry, Cesar Azpilicueta, Michy Batshuayi dan Cesc Fabregas menghadiahkan tiga mata untuk Blues, yang akan berdepan Sunderland dalam perlawanan terakhir liga Ahad ini dan kemudian bertemu Arsenal dalam final Piala FA pada 27 Mei.

Kebangkitan yang cuba dilakukan Watford pada saat akhir terencat selepas pemain pertahanan Sebastian Prodl dibuang padang pada masa kecederaan kerana menerima kad kuning kedua.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte melakukan sembilan pertukaran hari ini dengan memberi peluang kepada beberapa pemain muda, selain menurunkan Terry dalam ke­sebelasan utama.

Walaupun memberi peluang kepada pemain yang jarang ber­aksi untuk menghadapi Watford, Blues masih mampu melakar kemenangan menggunakan 3-4-3 yang kali pertama digunakan oleh Conte.

“Pada peringkat sekarang, saya suka melihat kami memperagakan permainan menarik seperti ini.

“Seronok dapat melihat empat dan tiga gol terhasil, namun memang menyeronokkan sebab kami sudah berada di tahap sekarang (mengesahkan kejuaraan).

“Kami perlu beraksi dalam final Piala FA 10 hari dari sekarang...jadi saya sudah memikirkan perancangan untuk perlawanan itu,” katanya.

Sejurus tamat perlawanan, Conte mengambur pujian kepada Terry yang dianggap memberi pengaruh besar kepada pasukan, walaupun jarang menurunkan bek tengah itu dalam kesebelasan utama.

“Mengenai John (Terry), saya mahu melihat dia menjulang trofi selepas perlawanan menentang Sunderland dan saya fikir semua pemain mahu melihat detik tersebut. Ini adalah final paling sempurna untuk dia.

“John banyak membantu saya pada musim pertama di Chelsea, baik di luar mahu pun dalam padang. Dia selalu memberi mesej yang sepatutnya kepada pemain pada setiap detik.

“John mahu terus beraksi secara konsisten dalam setiap perlawanan, dan atas sebab itu dia memilih untuk meninggalkan Chelsea kerana mahu bermain dengan lebih kerap,” katanya. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain